Google

Sunday, June 10, 2007

APA YANG ADA DI EDUCLINIC

SMART EDUCATIONAL CLINIC ringkasnya educlinic diasaskan oleh Abd Bashid bin Harun, seorang guru dan motivator setelah melihat ramai pelajar hari ini bermasalah atau berpenyakit dalam pembelajaran. Di educlinic kami cuba menawarkan kaedah rawatan secara klinikal. Pelajar-pelajar sekarang memerlukan banyak panduan, kaedah pembelajaran secara output, perbengkelan dan drilling bukan motivasi dan ceramah yang berjela-jela. Pelajar yang lemah dalam mata pelajaran sejarahsebagai contoh memerlukan perbengkelan dan latihan menjawab soalan sejarah yang kerap, bukannya sebuah motivasi. Memberikan motivasi dan ceramah kepada pelajar yang bermasalah dalam sesuatu subjek umpama memberikan nasi kepada pelajar yang dahaga. Tindakan ini umpama menukarkan kera menjadi monyet.
Sejajar dengan hasrat itu kami menyokong sebarang usaha untuk menyokong sekolah ke arah meningkatkan mutu pencapaian pelajar-pelajarnya dalam setiap peperiksaan. Score A sebagai contoh memang banyak membantu dan tentunya lebih membantu lagi jika lebih banyak set soalan digubal dan setiap satu set soalan ditambah. Latihan drilling adalah latihan yang patut dibuat dengan kerap di sekolah-sekolah. Pelajar didedahkan dengan set soalan yang digubal menghampiri soalan sebenar. Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan itu dan pada masa itu juga melakukan semakan ke atas jawapan. Selepas itu soalan set yang sama dibuat tetapi soalan itu telah ditukarkan susunannya. Setiap point yang diperoleh oleh pelajar dicatat. Menjawab soalan yang sama tidak akan membantu pelajar memperbaiki keputusan mereka sekiranya pasangannya, iaitu menjawab dengan betul berulang kali tidak berjaya dibuat. Maksudnya pelajar mesti melalui pengalaman menjawab betul soalan yang sama sekurang-kurangnya tiga kali. Apa yang terjadi pelajar terlalu ditekankan dengan soalan ala peperiksaan gitu, tetapi jawapan tidak pernah diambil kira. Pelajar mesti mengalami pengalaman yang menyeronokkan berulang kali sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar. Pengalaman yang menyeronokkan itulah menjawab soalan dengan betul beberapa kali.

No comments: